Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua | Keterangan | Ayat contoh |
Kamu (tunggal) | Digunakan apabila Bercakap dengan seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan kitaOrang dewasa bercakap dengan pihak yang lebih muda | Kamu memang sahabat yang baik Ain.“Seluar panjang kamu sudah kaka jahitkan,” kata Arni kepada Aziz. |
Engkau (tunggal) | Digunakan apabila Bercakap dengan orang yang rapat hubungannya dengan kitaBerdoa kepada tuhan | “Adakah ini buku engkau?” tanya Amira kepada zaitun.Ya Tuhan, kepada Engkaulah aku berserah. |
Awak (tunggal) | Digunakan apabila Bercakap denagn rakan karibOrang atasan bercakap dengan orang bawahanPasangan suami isteri bercakap antara satu sama lain | “Dimanakan rumah awak, Izzat?” tanya Rafiq.“Tahniah atas pencapaian awak menjadi pekerja yang cemerlang kali ini,” kata Tan Sri Musa.“Awak hendak makan di mana hari ini?” tanya Encik saiful kepada isterinya. |
Tuanku (tunggal) | Digunakan apabila bercakap dengan sultan, raja atau kerabat diraja | “Ampun tuanku, patik datang menghadap,” sembah bendahara kepada sultan. |
Anda (tunggal atau jamak) | Digunakan apabila orang kedua tidak berhadapan dengan orang yang bercakap | Semoga anda dapat membiasakan diri di sekolah baharu. |
Kalian (jamak) | Digunakan apabila bercakap dengan bebrapa orangyang diajak bercakap | “barang berharga hendaklah kalian jaga sebaik-baik mungkin semasa berada di sini,” kata shida kepada pelancong-pelancong itu. |
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Baca: Penerangan Lengkap dan Contoh Ayat: Kata Sendi Nama
Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga | Keterangan | Ayat contoh |
Baginda (tunggal) | Digunakan oleh raja, sultan dan kerabat diraja | Baginda sultan yang adil. |
Beliau (tunggal) | Digunakan untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri, dan sebagainya | Cikgu Halim ialah guru kami. Beliau mengajarkan mata pelajaran Matematik tambahan kepada kami. |
Dia (tunggal) | Digunakan untuk orang ketiga (sama seperti ia) | Dia ingin ke Muzium Negara pada cuti sekolah nanti. |
Ia (tunggal) | Digunakan untuk orang ketiga | Tee Wee ditegur oleh gurunya kerana ia tidak menyiapkan kerja rumah. |
Mereka (jamak) | Digunakan untuk orang ketiga yang banyak bilangannya. | Mereka berasa gembira kerana dapat berkhidmat kepada negara. |
Terdapat kata ganti nama diri yang boleh disingkatkan atau dikenal sebagai kata ganti nama diri singkat.
Kata ganti nama diri singkat itu ialah:
- ku (disingkatkan daripada kata ganti nama diri aku)
- kau (disingkatkan daripada kata ganti nama diri engkau)
- mu (disingkatkan daripada kata ganti nama diri kamu)
- nya (disingkirkan daripada kat aganti nama diri ia atau dia)
Baca: With Picture – Quote Good Luck Ideas
Semua kata ganti nama diri singkat ini perlu digabungkan dengan kata yang menyertainya, contohnya:kupergi, keretamu, dan kisahnya.
Yang berikut merupakan panduan menggunkan kata ganti nama diri singkat.
Kata Ganti Nama Diri Singkat | Keterangan | Ayat contoh |
ku | Diletakkan di awal kata atau di akhir kata yang menyertainya | Selipar yang kupakai ini bukan milikku. |
kau | Diletakkan di awal kata sahaja | Baju yang kaubeli ini usngguh cantik. |
mu | Diletakkan di akhir kata sahaja | Hadiah ini untukmu. |
nya | Diletakkan di akhir kata sahaja | Ini bukan barangnya. |
Koleksi Contoh-Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua Koleksi Contoh-Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua