Koleksi Bergambar Pantun Nasihat Melayu

Koleksi Bergambar Pantun Nasihat Melayu

Baik berjagung-jagung
Sebelum padi masak
Baik menabung-nabung
Sebelum tibanya sesak

Harum bau pohon berduri
Mawar dipetik lalu dikarang
Bersihkan dahulu halaman sendiri
Barulah meninjau halaman orang

Baca: Bergambar – Zikir Harian Isnin hingga Ahad

Ditebang lalu diikat
Bertimbun kayu balak
Malang jangan dipikat
Rezeki jangan ditolak

Kerana hujan turun lebat
Bumbung bocor tidak beratap
Tingginya cita-cita kurang berdaya
Umpama hendak hinggap tidak berkaki

Biar lambat menggoreng bawal
Asalkan itik sempat disalai
Biar mahal harga dijual
Alah membeli menang memakai

Baca: 20 Contoh Bergambar Ucapan Waalaikumussalam

Koleksi Bergambar Pantun Nasihat Melayu

Anak mengaji belumlah tamat
Sudah cekap mengayam ketupat
Biar lambat asal selamat
Siapa cepat dia dapat

Tidak berbau si bunga kundur
Melilit pagar buahnya sebiji
Terlajar perahu boleh diundur
Bahana celupar awak dibenci

Berkain samping segak berpending
Raja ditabal naik tahta
Bersukat darah bertimbang daging
Biar berputih pulang tangan berputih mata

Jalan lambat jangan terkucil
Cermat meniti jambatan gunung
Mudah mendidik si anak kecil
Melentur buluh biar daripada rebung

Koleksi Bergambar Pantun Nasihat Melayu

Sungguh anggun berkain songket
Kain bercorak hai pucuk paku
Sudah membantu jangan diungkit
Takut nanti dikatanya buruk siku

Koleksi Bergambar Pantun Nasihat Melayu Koleksi Bergambar Pantun Nasihat Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *