Sukan dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Akan tetapi, mutu sukan negara kita kini tidak mencapai kemajuan yang memberangsangkan, malah boleh dikatakan mutunya semakin merosot. Oleh itu, kerajaan harus mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara.
Untuk memajukan sesuatu bidang sukan, faktor jurulatih perlu dipandang serius. Pemilihan jurulatih amat penting. Sama ada jurulatih tempatan atau jurulatih asing bukanlah persoalan utama. Perkara yang paling penting ialah keupayaan jurulatih itu untuk meningkatkan prestasi atlet. Jurulatih yang berpengalaman dan berkaliber dapat membentuk serta membimbing seorang atlet supaya prestasinya mencapai piawaian yang dikendahaki. Program latihan yang dirancang dengan telitinya perlu untuk mencapai tujuan tersebut.\
Baca: Kata Kata Sedih Melayu Menyentuh Hati – Malaysia
Selain jurulatih, atlet perlu didedahkan kepada taraf sukan yang lebih tinggi juga. Pendedahan ini boleh dilakukan dengan cara mengadakan latihan di luar negara atau perlawanan persahabatan dengan pasukan yang teleh memiliki tarfa yang tinggi. Dengan cara ini, atlet didedahkan kepada taktik dan teknik yang lebih baik. Hal ini akan meningkatkan keyakinan diri para atlet.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Pembentukan atlet dan pemain pelapis bagi setiap jenis sukan perlu dilakukan untuk menjamin prestasi negara dalam sukan tersebut. Langkah ini perlu dilakukan agar negara tidak bergantung pada segelintir atlet dan pemain sahaja. Atlet dan pemain pelapis perlu mengambiul tempat atlet dan pemain utama sebaik-baik sahaja adanya tanda kemerosotan prestasi atlet dan pemain utama.
Baca: Contoh Karangan Laporan: Hari Keusahawanan Di Sekolah
Kesimpulannya, sudah tiba masanya negara kita memberikan tumpuan yang serius untuk meningkatkan mutukan negara. Mutu sukan negara perlu ditingkatkan ke taraf antarabangsa agar kita tidak dianggap sebagai sebuah negara penganjur sukan tetapi tidak mempunyai pasukan sukan yang digeruni.