Karangan: Kebaikan dan Keburukan Pendatang – Pekerja Asing di Malaysia

Contoh Karangan: Kebaikan dan Keburukan Pendatang – Pekerja Asing di Malaysia

Karangan: Kebaikan dan Keburukan Pendatang – Pekerja Asing di Malaysia

Peribahasa di mana ada gula di situ ada semut jelas memberi gambaran tentang daya penarik yang mendorong pendatang asing berhijrah ke negara. Limpahan rezeki yang terdapat di negara ini telah menyebabkan mereka sanggup menyabung nyawa meredah lautan luas untuk tiba di bumi bertuah Malaysia. Maka, tidak hairanlah kalau kita dapat menemui pendatang asing ini di mana-mana sahaja sama ada di ibu kota mahupun di ceruk-ceruk kampung. Hakikatnya, kedatangan pendatang asing ini kebaikan dan keburukan kepada negara.

Baca: Pantun Melayu Cinta : Pickup Line Sweet

Antara kebaikan kemasukan pendatang asing ini ialah mereka telah berjaya mengisi ruang kosong dalam sesetengah sektor pekerjaan khusunya dalam sektor perladangan, perkhidmatan, pembinaan dan perkilangan. Sektor-sektor pekerjaan ini amat memerlukan tenaga kerja tetapi warga tempatan tidak berminat kerana kerja dalam sektor ini memerlukan tenaga yang kuat dan meletihkan. Contohnya, sektor pembinaan sememangnya dimonopoli oleh tenaga kerja asing. Merekalah yang menjayakan pembinaan kebanyakan mercu tanda di negara kita seperti Bangunan Berkembar Petronas, Menara Tun Razak Exchange (TRX), Menara Merdeka 118 dan lain-lain lagi. Secara langsung, kesan daripada kehadiran tenaga buruh asing ini turut membantu meningkatkan Pembangunan dan ekonomi negara. Negara kita juga dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara membangun lain dalam projek pembangunan dan kemajuan negara.

Kedatangan pendatang asing ke Malaysia sedikit sebanyak turut memberikan implikasi negatif kepada negara dan masyarakat setempat. Saban tahun sering disajikan dengan berita peningkatan kadar jenayah yang dikaitkan dengan pelibatan warga asing. Pernyataan ini dikukuhkan lagi dengan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM), banyak kes jenayah berat seperti mencuri, merompak, merogol, dan membunuh dilakukan oleh warga asing. Antara motif utama jenayah ini adalah mereka cuba mendapat wang dengan cara yang mudah dan cepat. Mereka juga tidak takut akan ditangkap oleh pihak polis kerana kebiasaannya mereka akan segera pulang ke negara mereka melalui laluan tikus selepas mereka melakukan jenayah. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa kebanjiran warga kerja asing di negara kita mempunyai kebaikan dan keburukan kepada negara dan masyarakat. Sehubungan dengan itu, pihak berwajib perlu mengawal dan mengehadkan kemasukan tenaga kerja asing untuk mengelakkan mereka menjadi api dalam sekam yang akhirnya boleh merugikan negara.

Baca: Sweet: Gambar Kek Hari Jadi dan Ucapan

Kerajaan perlu mengkaji keperluan tenaga kerja asing ini disamping hanya menggunakan tenaga mereka dalam sektor tertentu Sahaja. Hal ini bertepatan dengan dasar Kementerian Sumber Manusia yang mahu mengurangkan bilangan tenaga kerja asing di negara kita secara berperingkat agar peluang pekerjaan yang terhidang luas di bumi bertuah ini dapat dinikmati oleh warganegara Malaysia.