Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, maksudnya: Sesiapa yang mengucapkan: ‘Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allahm tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu‘ sebanyak 100 kali sehari, dia akan mendapat pahala seperti membebaskan sepuluh orang budak, diberikan kepadanya satu ratus pahala, dihapuskan daripada satu ratus dosa dan mendapat perlindungan penuh daripada godaan syaitan daripada pagi sehingga petang. Tidak ada orang yang dapat melakukan yang lebih baik daripada itu kecuali orang yang mengucapkan lebih banyak. – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Baca: Niat Sujud Syukur – Doa, Dalil, Cara, Hukum & Sebab
Nabi SAW juga bersabda, sesiapa yang mengucapkan ‘Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya’ dalam sehari sebanyak 100 kali, dosanya akan dihapuskan walaupun sebanyak buih di lautan.
Koleksi Zikir Penenang Hati
- 1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya
- (Hadis) Zikir Penenang Hati – 6 Zikir Hari Rabu
- Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan
- Hadis Nabi – 7 Zikir Hari Jumaat (Bergambar)
- Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan
Daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah bersabda, maksudnya: Zikir yang paling utama ialah La ilaha ilallah – Hadis Riwayat at Tirmidzi dan Ibnu Majah
Sa’ad bin Abu Waqqas, dia berkata: Seseorang daripada suku pedalaman datang kepada Rasulullah lalu berkata, ‘Ajarkan aku doa yang dapat aku baca.’ Baginda menjawab, ‘Ucapkan “Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah yang tiada sekutu baginya, Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha Suci Allah Tuhan Pemelihara alam semesta, tiada daya upada dan kekuatan melainkan hanya milik Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.“‘ Dia bertanya kembali, ‘Doa itu bagi Tuhanku, mana bagiku?’ Baginda menjawab, ‘Ucapkanlah “Ya Allah, ampunilah aku, sayangilah aku, berilah aku petunjuk dan berilah aku rezeki.“‘ – Hadis Riwayat Muslim
Baca: Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat
Saad bin Abi Waqqas berkata, maksudnya: Kami sedang duduk bersama Rasulullah, apabila baginda bersabda, ‘Apakah salah seorang daripada kalian tidak mampu mendapat 1000 pahala sehari?’ Seorang di antara mereka bertanya, ‘Bagaimana boleh mendapat 1000 pahala setiap hari?’ Baginda menjawab, ‘Bertasbih 100 kali akan mendapat 1000 pahala atau dihapuskan 1000 dosa.’ – Hadis Riwayat Muslim
Abu Musa al-Asy’ari berkata, maksudnya: Nabi SAW bersabda kepadaku, ‘Mahukah aku tunjukkan kamu harta terpendam daripada harta karun syurga?’ Aku menjawab, ‘Mahu, wahai Rasulullah.’ Baginda bersabda, ‘Ucapkan “Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan hanya milik Allah.”‘ – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan