Format dan Contoh Surat Rasmi Terbaik

Sesuai dengan namanya, SURAT RASMI merupakan sejenis karangan yang ditulis bagi tujuan rasmi. Contohnya bagi tujuan aduan, rayuan, permohonan, surat menyurat antara agensi A kepada agensi B, makluman rasmi dan sebagainya.

Lazimnya, jenis surat ini akan ditanya pada peperiksaan-peperiksaan penting pada peringkat UPSR, PT3, SPM dan STPM. Namun, pada akhirnya ia banyak digunakan tatkala mengendalikan urusan rasmi pada peringkat kerajaan mahupun swasta.

Untuk tujuan itu, laman blog 1001Contoh.com amat berbesar hati untuk membuat coretan berupa panduan dan contoh kepada semua yang berkaitan.

Baca: Ucapan Hari Lahir Untuk Sahabat Baik

Apakah Format Bagi Surat Rasmi?

  1. Alamat anda sebagai pengirim
  2. Alamat penrima
  3. kata sapaan (tuan,puan)
  4. Perkara/ Subjek
  5. Isi
  6. kata penutup
  7. Nama dan tanda tangan

Di bawah adalah gambar format untuk anda memahaminya dengan mudah:-

Contoh Surat Rasmi Tidak Dapat Hadir ke Sekolah

Contoh Surat Rasmi Terbaik
Sumber: Google Image

Baca: Soalan – Apa Beza Resume dan CV?

Contoh Surat Rasmi Terbaik

Contoh Surat Rasmi Bersifat Aduan (Edit – Muat Turun Versi M. Word)

Ali bin Hambali,
Lorong 1, Taman Bukit Mewah,
43000, Kajang,
Selangor

——————————————————————————————-

Jabatan Kerja Raya Hulu Langat,
Persiaran Wawasan, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor 11 Disember 2019

Tuan,
Aduan Jalan Rosak di Hadapan Rumah

Merujuk kepada perkara di atas, terdapat jalan rosak yang berlubang di hadapan rumah saya sebagai pengadu. Jalan rosak dan berlubang ini menyebabkan kesukaran kepada pengguna jalan raya untuk melalui jalan tersebut.

2.Kerosakan ini berlaku pada minggu lepas, sehingga menyebabkan beberapa kemalangan kecil berlaku di tempat tersebut.

3.Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang segera bagi membaiki jalan raya berlubang ini demi kesejahteraan masyarakat di sini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

————————
(Ali bin Hambali)

Kata Kunci : Contoh Surat Rasmi Terbaik, Contoh Surat Rasmi Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *