Makanan merupakan sumber utama tenaga untuk aktiviti kehidupan termasuk denyutan nadi dan proses tumbesaran. Secara tuntas, terdapat tujuh kelas makanan, iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral, pelawas dan air. Karbohidrat berfungsi sebagai sumber tenaga langsung bagi tubuh manusia. Protein memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan membina tisu-tisu baharu untuk proses tumbesaran. Lemak pula merupakan sebatian simpanan tenga, manakala vitamin penting dalam sajian makanan untuk menjamin kesejahteraan kesihatan badan.
Baca: Penenang Hati – Zikir Hari Selasa – Beserta Rumi.
Punca keracunan makanan yang pertama ialah, keracunan makanan yang berlaku setelah termakan makanan yang tidak bersih atau makanan yang mengandungi racun. Pelbagai jenis racun seperti racun serangga, racun tikus, racun rumput atau lalang diketahui pernah termasuk ke dalam makanan dan mencemarinya. Tambahan pula, ramai orang mengambil jalan pintas untuk mendapat wang atau sumber pendapatan yang tidak berkat dengan melakukan kerja tidak bertauliah seperti individu tersebut menggunakan racun serangga berlebihan terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran. Hal ini demikian kerana, meraka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan kesihatan pelanggan mereka.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Seterusnya, keracunan makanan yang boleh berlaku sekiranya seseorang itu makan hidupan liar yang mengandungi racun. Misalnya, sungai atau kolam yang terletak berhampiran dengan kilang-kilang industri memang mudah tercemar sekiranya langkah-langkah rawatan sisa-sisa toksik tidak diambil oleh pihak kilang sebelum membuangkannya ke dalam sungai. Sekiranya ini berlaku, sudah pasti kehidpan air di dalam sungai berkenaan seperti ikan, udang dan ketam akan turut tercemar dengan bahan-bahan beracun. Oleh hal yang demikian, jika kehidupan air ini dijadikan sebagai sumber makanan manusia pula, pasti kejadian keracunan makanan akan berlaku.
Selain itu, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna atau masih mentah dijual merupakan penyebab seseorang individu jatuh sakit. Hal ini demikian, terdapat pelbagai bakteria apabila makanan itu tidak dimasak dengan sempurna ataupun sebaliknya. Malahan, ia akan merosakkan sistem dalam badan kita. Badan kita tidak mendapat zat, protein dan nutrien secukupnya sekiranya pemakanan ini menjadi tabiat seharian kita. Masalah ini akan berterusan sehingga sampai satu tahap badan kita merasa lseu dan tidak bermaya untuk melakukan pekerjaan.
Baca: Contoh Karangan Peranan Pelbagai Pihak Dalam Mempopularkan Permainan Tradisional
Di samping itu, penggunaan makanan yang diawet untuk mengelakkannya daripada daripada mengalami kerosakan. Dalam proses pengawetan, kemungkinan virus membiak tidak dapat dielakkan. Sebagai akibatnya, sesiaap yang termakan makanan itu pasti akan mengalami keracunan. Penggunaan pengawet seperti asid benzoik dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kerengsaan perut. Malah, ada laporan yang dikeluarkan menunjukkan bahawa asid ini mampu untuk menjejaskan sistem saraf.
Kesimpulannya, keracunan makanan boleh dielakkan sekiranya semua pihak menjaga kebersihan makanan bermula dari pemilihan bahan mentah, penyimpanan bahan mentah, penyediaan makanan, suhu masak yang sesuai sehingga penyimpanan makanan siap masak. Dapatkan nasihat doktor dengan segera sekiranya disyaki keracunan makanan terjadi.
Contoh Karangan Punca-Punca Keracunan Makanan