Kes kemalangan jalan raya bukan lagi isu baharu di negara kita. Saban hari, berita tentang kemalangan jalan raya menghiasi ruangan akhbar dan menjadi topik perbualab masyarakat. Usaha yang diambil oleh pelbagai pihak umpama mencurah air ke daun keladi kerana bilangan kes kemalangan jalan raya terus meningkat. Oleh itu, punca-punca yang menyebabkan kemalngan jalan raya di negara kita haruslah dikenal pasti agar masalah ini dapat dibendung.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Keadaan kenderaan yang tidak diperiksa sebelum memulakan perjalanan dapat menyebabkan kemalngan jalan raya juga. Setiap kenderaan haruslah diperiksa dengan teliti oleh pemandu sebelum memulakan perjalanan supaya kenderaan tersebut dapat berfungsi dengan baik. Hal ini demikian kerana banyak kes kemalangan jalan raya berlaku sebagai akibat masalah kenderaan seperti brek dan tayar tidak berfungsi dengan baik. Masalah seperti ini akan menyebabkan pemandu kenderaan tidak dapat mengawal kenderaan di jalan raya dan akhirnya terlibat dalam kemlanagan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap manusia merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kes kemalangan jalan raya. Hal ini demikian kerana masyarakat sekarang gemar melanggar peraturan jalan raya, seperti melanggar lampu isyarat. Ada juga pengguna jalan raya yang memandu kenderaan melebihi had laju terutamanya di hadapan sekolah dan kawasan yang sesak dengan penduduk. Sikap tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan nyawa pengguna jalan raya yang lain terancam.
Baca: Karangan Langkah Membendung Gejala Buli
Selain itu, keadaan jalan raya yang berlubang dan lampu isyarat yang rosak turut menjadi punca kemalangan jalan raya. Lampu isyarat memainkan peranan yang sangat penting terutamanya pada waktu puncak. Banyak kenderaan yang akan lulu-lalang di jalan raya pada waktu tersebut. Lampu isyarat yang rosak akan menyebabkan pemandu bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing. Hal ini demikain kerana mereka ingin cepat sampai ke destinasi dan enggan memberikan laluan kedapa kenderaan lain. Oleh itu, kemalangan jalan raya mudah berlaku.
Disamping itu, punca berlakunya kemalangan jalan raya ialah cuaca yang tidak baik. Sebagai analoginya, apabila hujan lebat, air hujan bukan sahaja menyebabkan jalan raya menjadi licin malah menggangu penglihatan pemandu. Jika pemandu tidak memandu memandu kenderaan dengan cermat, makan kenderaan mudah hilang dan terbabas. Keadaan ini mendatangkan bahaya kepada pemandu kenderaan berkenaan dan pengguna jalan raya yang lain.
Baca: Bergambar 30 Ayat Deep Sentap – Pendek, English
           Secara intihannya, kemalangan jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor. Usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan pengguna jalan raya untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jiwa selamat.
Contoh Karangan Punca-punca Kemalangan Jalan Raya