Era pasca perindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan dek ditelan zaman. Kebelakangan ini, saranan untuk mempopularkan permainan tradisional kerap kedengaran. Pelbagai pihak disarankan supaya memainkan peranannya dalam mempopular permainan tradisional.
Baca: Himpunan Doa Murah Rezeki
Antara pihak tersebut ialah sekolah, pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah supaya pelajar lebih mengenali dan meminati permainan tradisional kerana ada pepatah mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh menganjurkan kelab permainan tradisional sejak awal lagi supaya usaha usaha lain dapat dilakukan melalui kelab tersebut. Cara ini bertujuan untuk memperkenalkan permainaan tradisional kepada pelajar-pelajar.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Seterusnya, peranan ibu bapa juga dianggap penting untuk memperkenalkan serta mempopularkan permainan tradisional kepada anak-anak. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak anak mereka sejak kecil dengan membelikan anak-anak mereka permainan tradisonal sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah pencapaian dalam akademik di sekolah.
Disamping itu, media massa juga berperanan untuk mempopularkan semula permainan tradisional yang kian dilupakan. Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah dan Internet.Oleh itu, insiatif yang boleh digarap adalah dengan, memperbanyakkan dokumentasi tentang permaianan tradisional.
Baca: 15 Gambar Lukisan Buah Buahan Tempatan
Umum mengetahui, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan. Bertitik tolak daripada itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia hendaklah mengadakan pesta permainan tradisonal pada setiap tahun. Sebagai analognya, rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang permaianan tradisional yang hampir tenggelam oleh peredaran zaman.
Konklusinya, semua pihak hendaklah memainkan peranan dan memelihara permaianan tradisional agar tidak dipandang enteng. Walaupon Malaysia sedang mengorak langkah ke arah negara maju, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang melupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita.