Laporan Hari Keusahawanan Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil.
Pada 24 Mac 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil telah menjayakan Hari Keusahawanan. Program sehari suntuk ini diadakan untuk menyemarakkan minat keusahawanan dalam kalangan murid. Di samping itu, Hari Keusahawanan ini diharapakan dapat mengutip dana untuk menambahkan bilangan bahan bacaan di pusat sumber sekolah sekolah ini.
Sebanyak 45 buah gerai menyertai aktiviti perniagaan pada Hari Keusahwanan ini. Para peserta terdiri daripada ahli persatuan, kelab, dan permainan serta unit beruniform. Selain itu, terdapat juga gerai yang mewakili kelas. Gerai-gerai tersebut menjual makanan, minuman, pakain terpakai, buku dan majalah serta barangan elektronik. Tepat pada pukul 8:30 pagi, aktiviti perniagaan dimulakan. Para pengunjung yang terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa bertali arus datang ke gerai-gerai tersebut.
Baca: Pendek – 2 Contoh Karangan Kemalangan Jalan Raya
Di samping gerai jualan, terdapat juga kaunter pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang. Para pengunjung boleh memeriksa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan mereka. Selain itu, terdapat juga gerai pameran kesihatan yang memaparkan kempen antirokok dan gaya hidup sihat.
Pada pukul 10:00 pagi, para pengunjung semakin banyak. Terdapat gerai yang dikerumuni oleh pelanggan. Kumpulan murid yang mengendalikan gerai tersebut tidak menang tangan untuk melayan pelanggan. Keadaan ini memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada mereka. Mereka berasa gembira dan berpuas hati kerana dapat menimba pengalaman yang menarik itu.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Pada pukul 2:45 petang, terdapat acara cabutan bertuah untuk para pengunjung. Acara ini ditunggu-tunggu oleh para pengunjung kerana hadiah yang menarik ditawarkanseperti barangan elektrik dan basikal. Acara cabutan beertuah tersebut diselang-seli dengan persembahan nasyid bekas pelajar sekolah ini.
Baca: Koleksi Ucapan Salam & Quotes Pagi
Program Hari Keusahawanan ini berakhir pada pukul 5:30 petang. Semua gerai memperoleh keuntungan. Malahan pihak sekolah telah berjaya mengutip RM15 000 hasil jualan. Kutipan ini melebihi sasaran yang ditetapkan, iaitu RM12 000. Menurut pengetua, kejayaan hari Keusahawanan ini hasil sokongan semua pihak. Beliau mengucapkan terima kasih dan berharap agar program seumpama ini dapat dijalankan pada tahun hadapan.
Laporan disediakan oleh,
Fiqa
(Syafiqah binti Basid)
Setiausaha Hari Keusahawanan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil.