Kata hubung berpasangan | Contoh penggunaan dalam ayat |
baik…mahupun | Baik lelaki mahupun wanita harus menimba ilmu pengetahuan. |
bukan sahaja…bahkan juga / tetapi juga | Buku rujukan ini bukan sahaja sesuai untuk murid-murid sekolah rendah bahkan juga / tetapi juga untuk murid-murid sekolah menengah. |
daripada…lebih baik | “Daripada tidak buat apa-apa, lebih baik kamu membantu ayah di kebun, kata ibu kepada adik. |
entah…entah | Entah betina entah jantan anak kucing yang baru lahir itu. |
jangankan…pun | Jangankan menunggang motosikal, menunggang basikal pun dia tidak tahu. |
kian…kian | Kian lama kian terbongkar penyelewengannya dahulu semasa dia dibicarakan di makamah. |
makin…makin / semakin…makin | Makin / semakin dipujuk makin / semakin kuat tangisan budak yang kehilangan ibunya di pasar raya itu. |
sungguhpun / meskipun…namun | Sungguhpun / meskipun dilarang, namun masih ada orang yang memancing ikan di lombong itu. |
sedangkan…apatah lagi | Sedangkan abang tidak dapat mengangkat batu yang besar itu, apatah lagi adik |
sedangkan…tambahan pula | Sedangkan rumah teres setingkat tidak mampu dibeli olehnya, tambahan pula rumah banglo itu. |
Baca: Contoh Ayat Kata Hubung Gabungan
Baca: Contoh Ayat Kata Hubung Pancangan
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Contoh Ayat #2: Koleksi Kata Hubung Berpasangan Contoh Ayat #2: Koleksi Kata Hubung Berpasangan