Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata, frasa, klausa dan ayat. Ada tiga jenis kata hubung:
1.Kata hubung gabungan: dan, tetapi, lalu, sambil, atau, serta, malahan, kemudian.
- Kata hubung relatif : yang
- Kata hubung komplemen : bahawa, untuk
- Kata hubung keterangan : keterangan, supaya, kalau, walaupun, sekiranya, ketika, meskipun, apabila, tatkala, untuk, setelah, sementara, hingga
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Kata Gabungan – Keterangan dan Contoh Ayat
Kata hubung gabungan | Keterangan | Ayat contoh |
atau | Digunakan untuk menyatakan pilihan | Kami akan balik ke kampung dengan bas ekspres atau kereta api. |
dan | Untuk menggabungkan perkara yang setara: 1. Subjek dengan subjek 2. Predikat dengan predikat 3. Objek dengan objek 4. Keterangan dengan keterangan 5. Penerang dengan penerang 6. Ayat dengan ayat | 1. Puat Julia dan Puan Zaiton berjiran. 2. Mereka mengelap tingkap dan menyapu sampah. 3. Abang membeli seekor ayam dan seikat bayam. 4. Mak Cik Siah berjual kuih muih dan nasi lemak 5. Ibu memilih ikan yang elok dan yang segar 6. Nenek memasak rendang dan datuk membakar lemang. |
Lalu | Untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut. | Lori yang dipandu laju itu terbabas lalu terhumban ke dalam gaung. |
serta | Digunakan untuk menunjukkan sesuatu (perbuatan atau sifat) secara serentak | 1. Gadis yang berlesung pipit itu cantik serta peramah. 2. Azwin melompat serta membaling bola itu kepada rakannya. |
Kecuali / melainkan | Untuk menunjukkan kekecualian sesuatu perkara | Restoran itu dibuka pada setiap hari kecuali pada hari jumaat. |
maka | Digunakan untuk menyatakan maksud: Setelah itu atau lalu oleh sebab itu | 1. Kanak-kanak lelaki itu terjatuh maka dia menangis 2. Hujan turun dengan lebatnya maka raptai perarakan Hari Kemerdekaan itu dihentikan. |
Malahan | Untuk menunjukkan maksud kian bertambah | Perpustakaan itu bukan sahaja dikunjungi oleh murid sekolah, malahan orang awam. |
Sambil / seraya | Digunakan untuk menunjukkan sedang melakukan sesuatu, melakukan yang lain juga. | Aril Zafriel melompat serta menanduk bola ke pintu gol lawan. |
Tetapi/ namun | Untuk menyatakan sesuatu yang bertentangan | Adik Hakim berbadan gempal tetapi dia aktif bersukan. |