40 Pantun 2 Kerat Pelbagai Tema – Puji Cantik, Memuji

Goreng pisang goreng ubi,
Abang berhutang adik rugi.

Dua kali lima sepuluh,
Bawa anak Cina dalam umbi buluh.

Kelekati dari pekan,
Benggali roti pakai serban.

Baca: Solat Tahajud – Cara, Pukul Berapa dan Kelebihannya

Dua kali satu dua,
Boleh menantu ke orang tua.

Kokok kata ayam, kicau kata murai,
Bangkok dek menganyam, sesat mengelerai.

Dik dik do,
Budak cerdik kena bodo.

Ngit ngit tali gasing,
Budak lengit asyik memusing.

Ngit ngit batang pinang,
Budak lengit bawa lari tunang.

Buka memapan menarah,
Bukan memakan muntahkan darah.

Dua kali lima sepuluh,
Cina berak kausuluh.

Tak, tak punggur, tak punggur mati akar,
Batang pak belungkur, bawa tebu bakar.

Pinggan tak retak, nasi tak dingin,
Engkau tak hendak, aku tak ingin.

Baca: Klasik – 20 Peribahasa Bekerjasama dan Maksudnya

Ngak ngak si,
Gigi rongak tinggal gusi.

Hentak, hentak sebelah,
Hentak nak sebelah.

Pak pong motokar Haji Salleh,
Hidung rompong mata beleh

Lang mudik, lang sambar ayam,
Jatuh dalam lubang dapat bapa ayam.

Tebu pisang ubi keladi,
Jemu datang rugi jadi.

Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.

Kong walarat,
Kaki pekung tubit urat.

Lotong kekah kemput jarinya,
Kembung segah ketut jadinya.

Hujan panas kucing berjemur,
Kepala Mek Mas ketek tuma.

Pucuk lehan gading gajah,
Kerja segan makan gagah.

Nyong-nyong kedidi pak pong,
Mabuk kulat baham tepung.

Mahal imam murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.

Wajib mustahil,
Makan wajib minum air.

Cing kerencing setinggi bunga lada,
Mana hantu kucing nasi basi atas para.

Rumah pilih tiang besi,
Mata beleh terbit isi.

Kura-kura di atas perahu,
Pura-pura tiada tahu.

Ting ring nyak,
Rambut kerinting kutu banyak.

Cik Ali ke padang sunting dengan daun,
Sekali kupandang sekali setahun.

Dang dut keladi wa-wa,
Siapa kentut kahwin Cina tua.

Kik Kik ka,
Sikit nak suka.

Anak lembu merah, tambat pokok asam,
Sudah kena marah, tarik muka masam.

Ratib-ratib buluh nipah,
Sudah ratib hendak upah.

Luruh upih pergam datang,
Suruh putih hitam datang.

Boyan takuk belanga tiarap,
Tak ada rokok curi sekerap.

Tak katup pintu, ayam makan padi,
Tak buat begitu nak buat gemana lagi.

Buah nyiur buah kelapa,
Tak lembut tak apa.

Kok komit-kamit,
Tanam cekur gali kunyit.

Buah kacang putat hilang satu-satu,
Tidur adik tidur takut burung hantu.

40 Pantun 2 Kerat Pelbagai Tema – Puji Cantik, Memuji 40 Pantun 2 Kerat Pelbagai Tema – Puji Cantik, Memuji

30 Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You

Tanam kepala di tepi gereja,
Buahnya lebat dibuat inti,
Kalau nak lupa senang sahaja,
Minta diingat di dalam mimpi.

Memang penat berjalan kaki,
Berhenti minum air kelapa,
Kalau dah ingat di dalam mimpi,
Masakan dapat saya lupa.

Baca: Ringkas – Hadis Tentang Hutang Piutang

Burung jejawi tak suka berkawan,
Hinggap mari di pohon serumpun,
Hilang sehari rasa sebulan,
Apatah lagi bertahun-tahun.

Terbang sedahan di batang kayu,
Batang dedap banyak durinya,
Orang tak tahan menanggung rindu,
Walau sekejap dikatkan lama.

Buah papaya masak layu,
Hendak diletak di atas para,
Kenapa tak percaya orang merindu,
Sampai hendek membelah dada.

Ambil parang menebang buluh,
Jangan selalu membawa budak,
Sudah terang lagi bersuluh,
Baru tahu rindu ke tidak.

Pergi ke paya menebang kayu,
Kayu sena daunnya layu,
Macam tak percaya orang merindu,
Tuan tak kena manalah tahu.

Baca: Peribahasa Bergambar: 5 Peribahasa Lembu

Baju biru berbenang sulam,
Lagi cantik ditaruh biku,
Saya dulu dah makan garam,
Buruk baik saya dah tahu.

Daun mengkudu gugur melayang,
Tempat merpati mengirai bulu,
Selalu rindu tandanya saying,
Dalam hati siapa yang tahu.

Pohon lemba di tepi perigi,
Buahnya ada manis bak madu,
Kalua dicuba rindu tidak pergi,
Jumpalah saya hilangkan rindu.

Anak buaya di celah batu,
Anak rusa memakan padi,
Inilah dia pantu merindu,
Wajahmu sentiasa di dalam hati.

Cuaca redup menanam lada,
Kalau tak siram pokoknya layu,
Kalau sanggup membelah dada,
Hati di dalam kita tak tahu.

Pergi ke hutan menebang kayu,
Kayu di hutan banyak gunanya,
Pada tuan memanglah tahu,
Kerana tuan dah hidup lama.

Kalau tuan turun ke paya,
Cuci tangan nak makan roti,
Kalau tuan jadi saya,
Rindu jangan ikutkan hati.

Hendak kelapa diberi kepala,
Buat pengat durian berduri,
Hendak dilupa tak boleh dilupa,
Masih teringat di dalam hati.

Masak ranum si buah Nangka,
Sudah masak belum dirasa,
Jangan tersenyum membawa luka,
Hati yang rosak badan binasa.

Sebelum masak si buah Nangka,
Daunnya lebat buahnya rapat,
Sebelum rosak badan binasa,
Di mana tempat hendak berubat.

Ikan puyu jarang didapat,
Ikan gelama campur tenggiri,
Hati yang rindu jangan diubat,
Lama-lama hilanglah sendiri.

Burung merpati disambar helang,
Terbang lima di waktu pagi,
Rasa di hati payah nak hilang,
Semakin lama semakin menjadi.

Tanam meghkudu di tepi gereja,
Sekali sekala petik buahnya,
Nak hilang rindu senang sahaja,
Kenalah mandi air bunga.

Buka tingkap terbang cahaya,
Tiba-tiba cuaca berdebu,
Orang bercakap tuan tak percaya,
Belum cuba belum tahu.

Manis hempedu si pokok kelapa,
Ambil isinya dibuat inti,
Kalau rindu tak boleh dilupa,
Lama-lama tuan kan mati.

Kalau dibela si pokok kunyit,
Pandai-pandai meletak baja,
Samapai bila hendak menongkah langit,
Hukum dah sampai matilah jua.

Ikan betutu ikan betata,
Kena tuba di dalam padi,
Kalau begitu Tuan berkata,
Saya redha segala yang terjadi.

Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You Pantun Rindu, Kasih Sayang, I Love You

21 Contoh Peribahasa Bagai dan Maksudnya

#1. Bagai air mencari jenisnya

Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti. Berusaha dengan tidak mengenal jerih perih

#2. Bagai anak dara mabuk andam

Anak perawan yang tiada malu, pemalas dan pengotor

#3. Bagai anak sepat ketohoran

Berbaring dan bermalas-malassan saja di rumah orang.

#4. Bagai anjing beranak enam

Kurus sekali

#5. Bagai api dengan rabuk

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan

Baca: Peribahasa Bergambar: 9 Peribahasa Gunung

#6. Bagai aur di atas bukit

Menyerahkan diri pada nasib.

#7. Bagai ayam dibawa ke lampok

Orang yang tak pernah masuk majlis

#8. Bagai ayam mabuk tahi

Pucat lesi dan tidak berdaya dek kerana sakit dan kekurangan darah.

#9. Bagai ayam yang terkecundang

Sangat ketakutan

#10. Bagai balak berendam

Orang gemuk yang malas bergerak

Baca: Zikir dan Doa Solat Witir – Rumi Mengikut Sunnah

#11. Bagai bersahabat dengan ular bisa

Berkawan dengan orang yang jahat.

#12. Bagai bertanak di kuali

Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya.

21 Contoh Peribahasa Bagai dan Maksudnya

#13. Bagai duri dalam daging

Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan

#14. Bagai getah dibawa ke semak

Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.

#15. Bagai emas mandul baru beranak

Girang yang amat sangat. Kasih sayang yang terlalu mendalam.

#16. Bagai bunyi siamang kekenyangan

Banyak cakapnya kerana kesenangan

#18. Bagai cacing terkena air panas

Tidak tenang, selalu gelisah

#19. Bagai bulan empat belas

Kecantikan wajah seseorang wanita

#20. Bagai berumah di tepi tebing

Selalu dalam kekuatiran

#21. Bagai gagak menggonggong telur

Perempuan hodoh berpakaian bagus

21 Contoh Peribahasa Bagai dan Maksudnya 21 Contoh Peribahasa Bagai dan Maksudnya

Tatabahasa – Contoh Ayat Majmuk

Apa itu Ayat Majmuk?

Ayat Majmuk adalah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal. Ia disambungkan oleh perkataan KATA HUBUNG seperti – dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dll. Ayat ini juga dikenali sebagai AYAT PELAPIS.

Apa itu AYAT TUNGGAL? Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ia juga dikenali sebagai ayat mudah atau selapis.

Contoh Ayat Majmuk

Contoh Ayat Tunggal: Wanita cantik itu sedang menganyam ketupat

Subjek – Wanita cantik itu
Predikat – sedang menganyam ketupat

Contoh Ayat Majmuk: Wanita cantik itu sedang menganyam ketupat sambil menonton television.

Apa Maksud Perkataan Contoh?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, CONTOH boleh didefinasikan kepada empat maksud:-

Pertama:

  • benda (sebahagian benda-benda) yg sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dgn semua benda drpd jenisnya
  • benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat­-sifatnya:

Kedua

  • benda yg lain, benda utk ditiru, model:
  • guru membuat ~ di papan hitam utk murid-murid;

Ketiga

  • acuan, cetakan;

Keempat

  • perbuatan (kelakuan, hal) yg menjadi teladan:

Wikipedia pula menyatakan ‘Contoh‘ boleh merujuk kepada benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama ­sifatnya