Karangan Pendek: Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak patut disemaikan sejak kecil lagi. Oleh itu, usaha memupuk minat membaca harus bemula di rumah. Dalamhal ini, peranan ibubapa amatpenting dalam menggalakkan anak-anak mereka membaca.
Ibu bapa perlulah kerap membaca sebagai teladan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikiankerana anak-anak mudah mencontohi perlakuan ibubapa mereka. Apabila ibu bapa menjadikan membaca suatu rutin dalam keluarga, mudahlah untuk anak-anak mengikuti amalan membaca. Lama-kelamaan mereka sendiri akan mempunyai minat membaca.
Baca: 2 Contoh Karangan Pendek : Amalan Gaya Hidup Sihat
Seterusnya, anak-anak perlu selalu dibawa ke kedai buku supaya mereka dapat membeli bahan bacaan yang diminati, dalam hal ini, ibu bapa harus sedia mengeluarkan sedikit wang bagi memenuhi permintaan anak-anak mereka. Sebenarnya, membeli buku tidak pernah mendatangkan kerugian, malahan ilmu yang terkandung dalam buku amat bear manfaatnya.
Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakn buku log untuk mencatatkan jumlah buku yang harus dibaca oleh anak-anak. Buku log ini menjadi rujukan ibu bapa untuk mengetahui bilangan buku yang dibaca oleh anak-anak mereka. Ibu bapa boleh memberikan ganjaran tertentu jika anak-anak membaca bilangan buku tertentu. Ganjaran ini akan merangsang anak-anak supaya minat membaca.
- Contoh Karangan: Cara Untuk Menggalakkan Amalan Membaca Dalam Kalangan Rakyat?
- Karangan: Kepentingan Menjaga Hutan
- Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Terjemahan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur
- Contoh Karangan: Langkah Untuk Memupuk dan Meningkatkan Semangat Kejiranan
- Contoh Karangan: Kebaikan dan Kesan Positif Televisyen Terhadap Masyarakat
Karangan Pendek: Kebaikan Membaca
Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak kelebihan dan manfaat. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana membaca jambatan ilmu.
Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.
Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan pencapaian bahasa dalam kalangan murid-murid. Dengan membaca pelbagai bahan bacaan berbahasa Melayu dan Inggeris, murid-murid dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik. Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai gaya penulisan seperti berita, rencana, dan cerpen. Hal ini dapat membantu mereka dalam menulis karangan yang baik.
Baca: Doa Selepas Solat Hazamin PDF
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.
Sikap suka membaca wajar diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Jika tidak, kita akan jauh ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing dengan negara-negara lain.