Selawat dan zikir adalah ibadah yang masyru’ (disyariatkan) oleh agama dan merupakan tuntutan di dalam syarak. Terdapat banyak dalil yang menyeru manusia agar sentiasa melaziminya. Sebahagian ulama juga ada menyatakan bahawa selawat merupakan satu juzuk daripada zikir. Ia merupakan antara wasilah atau jalan kita untuk mendapatkan cinta Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” – Surah al-Ahzab: 56
Koleksi Zikir, Selawat dan Istighfar
- 1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya
- (Hadis) Zikir Penenang Hati – 6 Zikir Hari Rabu
- Hadis Nabi – 6 Zikir Hari Khamis Yang Boleh Diamalkan
- Hadis Nabi – 7 Zikir Hari Jumaat (Bergambar)
- Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan
- Rumi dan Maksud: Zikir Selawat Nabi Muhammad
- Buka Rezeki – 8 Zikir Selepas Solat Subuh (Bergambar)
- Bergambar: Amalan Zikir Ringkas Selepas Solat
- 10 Zikir Selepas Solat Fardhu – Murah Rezeki
- Penenang Hati – Zikir Hari Selasa – Beserta Rumi.
- Indah – Zikir Hari Isnin – Penenang Hati
- Koleksi Bergambar: Zikir Harian Selepas Solat
- Bergambar – Zikir Harian Isnin hingga Ahad
Maksud Selawat
Selawat adalah perkataan jama’ bagi solat (الصلاة) yang bermaksud doa atau pujian. Tambahan pula, makna selawat Allah SWT, selawat para malaikat dan juga selawat manusia adalah berbeza di antara satu sama lain.
- Selawat Allah: pujian-Nya di sisi para malaikat yang tinggi.
- Selawat malaikat: doa tambahan gandaan pahala.
- Selawat orang mukmin: berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Maksud Zikir
Zikir dari sudut bahasa bermaksud mengingati. Manakala dari sudut istilah pula, zikir merupakan sesuatu perkara yang dilakukan dengan tujuan mengingati Allah SWT dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan, perbuatan atau dengan hati.
Umat Islam boleh memilih mana-mana zikir yang disukainya antaranya mengucapkan tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), takbir (Allahuakbar), tahlil (La ila ha illAllah), istighfar (Astaghfirullah) dan lain-lain.
Hadis dan Firman Allah swt dalam al Quran tentang Zikir dan Selawat
Selawat dan zikir adalah disyariatkan oleh Allah SWT berdasarkan kepada nas al-Quran dan hadith Nabi SAW yang jelas dan di sana tidak ada dinyatakan dari sudut keutamaan di antara keduanya.
Kita dituntut untuk sentiasa melazimi keduanya pada setiap hari dengan memperbanyakkan selawat dan juga zikir kepada Allah kerana itu adalah yang terbaik agar kita mendapat kelebihan-kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW apabila melakukannya.
Firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman! berzikirlah kamu kepada Allah dengan zikir yang banyak.” – Surah al-Ahzab: 41
Firman Allah SWT: “Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang.” – Surah al Insan: 25
Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.” – Hadis Riwayat al Baihaqi
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” – Hadis Riwayat Muslim (384)
Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup dan mati.” – Hadis Riwayat al-Bukhari (6407)
Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? Kata Makki: Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu. Para sahabat berkata: Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla.” – Hadis Riwayat Ahmad (27102)
Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Surah ali Imran: 31
Firman Allah SWT: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” – surah al-Ra`d: 28
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berkeliling di jalan mencari orang yang berzikir. Apabila mereka bertemu kelompok orang yang berzikir kepada Allah, mereka pun saling memanggil: Kemarilah kepada apa yang kamu hajatkan. Maka para malaikat menaungi mereka dengan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia.” – Hadis Riwayat Ahmad
KOLEKSI DOA SELEPAS SOLAT
- Doa Selepas Solat Rumi dan PDF Format
- Panduan: Cara Solat Taubat dan Doa Solat Taubat
- Panduan: Cara Solat Hajat dan Doa Solat Hajat Mustajab
- Bergambar – Koleksi Doa Tahajjud Rumi Mudah Dibaca
- Doa Tahajjud – Rumi dan Maksudnya
- PDF Doa Dhuha Rumi, Terjemahan, Jawi
- Koleksi Doa Selepas Solat PDF
- Doa Selepas Solat Hazamin PDF
1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya 1001 Contoh Zikir, Selawat, Istighfar & Hadis Tentangnya